Sunday, 13 October 2013

Pokok Blink Blink

Salam all...
Lamanya x update blog ni. Sebabnya Haniezz busy sgt last week ni. Busy tidoq.. Heheh. Asyik tidoq awai jaa. Penat. 
Walaupun ada dua order felt (50 bj brooch + 30 bj teddy bear) tp Haniezz mmg pengsan terus jaa lps blk ofis. Huhu rugi sungguh masa.
Ok tp malam td terlebih rajin plak. Tidoq kul 2.30pg tanam pokok.
Erk tanam pokok apa kul 2.30 pg???
Hehe.. Pokok ni la... Pokok Blink Blink
Actually Haniezz xtau pun apa nama pokok ni. Haniezz hantam jaa bg nama. Ngeh..

Ok dlm ms 2j, 25 btg Pokok Blink Blink siap ditanam.. 
Huwaa.. Sakit tangan. Merah hbs jari nk bentukkan segala akar, dahan, daun & buah dia. 

Actually adik Haniezz dh siapkan awal2 dh daun & buah pokok ni. Haniezz tukang cantum jadi pokok jaa.. Itu yang boleh dpt 5min satu pokok. Klu nk start dr awal bohong sgt la klu 5min..
Heheh..
Ok tadaaa.. 25 btg Pokok Blink Blink..


K.. Pg ni nk siap kek utk raya esok la. Carrot Cake, alright??

Monday, 7 October 2013

First Delivery of Cekak Rambut Felt

Yeay.. Ready to be delivered.. 
Cekak Rambut Felt for little sweet Ayesha..

Thank you Uncle Yonny!

& this is Ayesha cute with her new Cekak Rambut.

Ermm.. Bila nk ada anak yerp?
Tettt..

Saturday, 5 October 2013

Tiada yang Lebih Creative Melainkan Ayat Allah

Salam,
Sekadar berkongsi. Moga mendapat manfaat. 


Td ms Haniezz tgh skt berguling-guling td, kwn Haniezz ada post satu video budak buta yg menghafaz quran. Dia tidak pernah meminta dikembalikan penglihatannya takut dia ditanya ketika menghadap Allah nnt. Pastu Haniezz trs rs insaf, jangankan nk hafal, bc pn bila rs sempat je. Tak buang masa, Haniezz pn bc Yassin, Ar-Rahman & As-Sajdah. Ms ayat last Yassin, Haniezz niat Allah mmg berkuasa buat apa sj termasuk Haniezz pny skt ni sembuh. Ms ayat Fabiayyialairobbikuma tukazziban tu, Haniezz niatkan dh byk nikmat yg selama ni Allah bg. Haniezz x dustakan itu semua. Ms ayat yg garis kt As-Sajdah, Haniezz sujud minta ampun & yakin pasti ada hikmah Allah bg sakit ni. Lps tu, Haniezz rs magik sebab dh x rs sakit tu & dh boleh bgn mcm biasa. Ada la jg mkn juz delima & air zam zam td sblm bc quran tu. mungkin itu jg membantu. Mungkin bl skt boleh amalkan kot2 sekun jugok..



WallahuA'lam..

Friday, 4 October 2013

Hantaran Coklat & Buah-buahan

Dlm dok thn sakit sempat jg tolong mummy wat Hantaran Coklat dan Hantaran Buah-buahan. Berkat nk tolong mummy, sekejap je gubah dua2 hantaran  ni. Alhamdulillah..

Hantaran Coklat Selamat Bertunang



Hantaran Buah-buahan utk Majlis Pertunangan


K, till then.
Salam weekend..

Sireh Junjung & Bakul Pastry with Jem Tart


Sireh Junjung ni mummy buat. Fresh & nice..

& this is Bakul Pastry with Jem Tart yg Efa buat. 

Haniezz? Oh Haniezz ms ni tgh berperang sengit. Bergulung-gulung rs.
Alhamdulillah pg ni better sikit wlaupun masih ada rs. 

Paksa diri bgn sbb coklat xbuat lg. kesian mummy. Jom..

Thursday, 3 October 2013

Hantaran Baju Melayu & Tuala

Salam..
Ohh.. Semalam hari yang sangat penat. Keluar ofis pukul 6ptg. Sampai rumah pukul 9mlm. 3 jam, weyh...

Then, sampai rumah aja, mummy minta tolong buatkan hantaran coklat untuk tunang jiran sebelah. 

Ok, lps sudah mkn, mandi, solat, nk start buat coklat, mummy suh wat hantaran baju melayu dl. 

Erk.. warna pink? Haniezz yg perempuan pn elergik kaler pink, ok! xde idea, weyh!
Buat punya buat, lipat sana lipat sini, buka sana buka sini, lipat lg..
last2 jdla gini..


...3 kuntum bunga ros...
Kaler pink, kann...

Bl mummy tgk, mummy suh bk blk sbb hantaran ni drp perempuan bg lelaki. Xboleh bunga...

Huwaa... Tgk jam 11.10pm. Nanges!!!

Tp Alhamdulillah, setelah jam pukul 1.15pg, hasilnya ini..

Dan hasilan dr mummy pulak yg ini..


Kotak dihias cantik berisikan 3 helai tuala pelbagai saiz.

K, lps tu letak je kepala atas bantal trs x sedar apa dh. Doa ntah kemana, Alhamdulillah hidup lg pg ni... Hehe..

Wednesday, 2 October 2013

Bekas Hantaran & Bekas Bunga Telur daripada Ukiran Kayu

Masa Haniezz sebok2 buat Sepit Rambut Cute semalam, mummy Haniezz sebok buat Bekas Hantaran untuk Majlis tunang jiran sebelah minggu depan. Bukan x nk tolong, tp hantaran tu dh nk siap ms Haniezz blk dari ofis. Kira tinggal touch up sikit-sikit jaa la ms tu..


Hmm.. Bila namanya tangan xreti dok diam tu, sambil tunggu Haniezz buat sepit rambut tu, sempat lg mummy Haniezz gubah lagi bekas bunga telur daripada ukiran kayu ni.


Haniezz kira untung sebab ada mummy plg best kt dunia ni. Serba dia boleh buat. Byk yg boleh belajar, free aje. Tp pantang dia cuma satu je. tak boleh la malas2. Huu huu..

Sepit Rambut Cute

Salam all..
Dah 1 pagi x sedar, ralit wat Sepit Rambut Cute daripada kain felt.


Gambar je? Modelnya mana?
xde gegirl la nk jd model..
Bila eh nk ada anak pompuan?.. hmm..hmm..




Cekak Rambut Cute Dari Kain Felt

Salam,
Ni pulak project terbaru Haniezz. Cekak Rambut Cute Dari Kain Felt.


Satu untuk Arressa, anak Ainul & satu lagi untuk aneesa, anak gg. hehe mcm kembar plak, kan, nama depa.

Ladies & gentlemen, 
We proudly presenting our gorgeous models with their new hair accesories..
So sit back, relax & enjoy our show.


k, till then..

Ukiran Bunga Ros Daripada Betik

Salam...
lagi satu yang Haniezz minat buat adalah ukiran bunga ros daripada betik. Walaupun ni produk Jelira Delight Cake House, tapi sebab Haniezz suka buat sendiri kalau ada customer order. So, Haniezz upload juga kat sini. macam yang ini, Haniezz buatkan untuk hantaran kahwin Yonny, ofismate Haniezz.




Haniezz cuma ukir betik tu aje. Yang sira & decorate sampai jadi Hantaran Halwa, mummy kesayangan Haniezz, tokey Jelira Delight Cake House la yang buat. Hehe..



Kalau ada sapa2 minat boleh la order kt no ni: 019-2424200.

k, till c u again..

Bekas Stationeries

Salam,
Post kali ni nk tunjuk kt korang bekas stationeries simple & nice yang dh lama Haniezz buat. Rasanya masa mula2 masuk kerja dulu. Cantik untuk hias meja, tau. Hehe, alang2 dh ada blog ni, Haniezz upload la share utk korang. Sharing is caring, kan...